Sunday 28 October 2012

Program Membaca 1 Malaysia / Festival Apresiasi 2012



Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Festival Apreasiasi 2012 daerah Tawau bermula pada 19 - 24 October 2012 sementara itu Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012 peringkat daerah Tawau adalah pada 24.10.2012 bertempat di Dewan SMK PASIR PUTIH, yang akan disempurnakan oleh Ybhg. Puan Hajah Maimunah binti Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Aktiviti membaca buku  selama 33 minit dan 32 saat akan dijalankan pada 10.00 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh daerah Tawau.