Monday 11 June 2012

Latihan Sukan Bermula!

Latihan sukan sekolah terdiri daripada 4 pasukan yang akan berentap,  sudahpun bermula pada hari ini, bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 9.50 pagi dan akan diadakan setiap hari persekolahan sehinggalah menjelangnya hari sukan sekolah, yang akan diadakan pada 21/06/2012 di Kompleks Sukan Tawau. Semua murid kelihatan begitu bersemangat sekali untuk mengambil acara masing - masing yang akan dipertandingkan antaranya, Lompat jauh, Lompat tinggi, Lontar peluru, 1 x 100m,2 x 100m, 4x100m, larian berpagar, dsb. nya. Bagi murid yang tidak mengambil bahagian pula, masing - masing mahu mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad kaki. Suasana sekitar sekolah telahpun bergema dengan sorakan gembira dari setiap pasukan iaitu Hang Tuah (Rumah Merah), Hang Jebat (Rumah Biru), Mat Saleh (Rumah Kuning), dan juga Mat Kilau (Rumah Hijau). Siapakah yang akan menjadi juara? Sama - sama kita nantikan..

No comments:

Post a Comment